Lagu Sekolah SMKMB: Sekolahku Terbilang

Demimu SMKMB tercinta
Kami menggenggam tekad
Ilmu selalu ditimba

Demimu SMKMB terbilang
Kami berjanji berusaha
Hingga maju dan jaya

C/O
Kami berjanji berikrar
Mengharumkan namamu selalu
Kecemerlangan menjadi impian
Berilmu dan terbilang

Demimu SMKMB tercinta
Kami menggenggam tekad
Ilmu selalu ditimba

Berdisiplin, berilmu dan berwawasan
Tunggak pegangan kami
Berilmu dan terbilang


Pencipta lagu:
En. Mohd. Asmadi bin Ismail

Penulis lirik:
Pn. Khalijah binti Sirat

Alat Muzik Tradisional - Kompang

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Saturday, March 20, 2010

Pengenalan
Kompang merupakan alat dari keluarga membranofon. Kompang menyerupai sebuah kuali yang mempunyai dua bahagian iaitu baluh (badan) dan belulang.Baluh kompang biasanya diperbuat daripada kayu pokok nangka. Manakala belulangnya diperbuat daripada kulit kambing betina.

Sejarah Asal-Usul Kompang
Kompang dikatakan berasal dari Timur Tengah berdasarkan beberapa pendapat;
Pendapat Pertama - bentuknya sama seperti Hadrah yang terdapat di negara Arab.
Pendapat Kedua - Lirik lagu dimainkan selalunya dalam bahasa Arab, contohnya selawat Memuji Rasullallah SAW.
Permainan kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang sehingga kini.
Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa.
Fungsi
Persembahan kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Pada asasnya, ia bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian, fungsi permainan ini turut mengalami perkembangan mengikut masa. Antara fungsi permainan kompang ialah;
  1. Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble( nasyid, marhaban )
  2. Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan acara rasmi yang melibatkan pembesar
  3. Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, caklempong pacik dan gamelan.
  4. Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding. Contohnya pasukan bolasepak.
  5. Pertandingan-paluan kompang dan formasi.

Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah untuk memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau lakuan tertentu.

1 comments:

Shazsya .. said...

betul ke yang baluh kompang boleh diperbuat daripada kayu pokok nangka?

Post a Comment