Lagu Sekolah SMKMB: Sekolahku Terbilang

Demimu SMKMB tercinta
Kami menggenggam tekad
Ilmu selalu ditimba

Demimu SMKMB terbilang
Kami berjanji berusaha
Hingga maju dan jaya

C/O
Kami berjanji berikrar
Mengharumkan namamu selalu
Kecemerlangan menjadi impian
Berilmu dan terbilang

Demimu SMKMB tercinta
Kami menggenggam tekad
Ilmu selalu ditimba

Berdisiplin, berilmu dan berwawasan
Tunggak pegangan kami
Berilmu dan terbilang


Pencipta lagu:
En. Mohd. Asmadi bin Ismail

Penulis lirik:
Pn. Khalijah binti Sirat

Persembahan Sempena Festival Kesenian 2012 di Jabatan Kebudayaan

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Wednesday, June 12, 2013










by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Tuesday, June 11, 2013

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Friday, December 30, 2011

Persembahan Puisi Lagu " Sahabat" sempena Hari Anugerah Kecemerlangan 2011.


Sesi Persekolahan Baru 2012 Bakal Bermula

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sesi persekolahan 2012 akan bermula, Panitia Pendidikan Muzik mengalu-alukan kedatangan para pelajar kembali ke sekolah. Diharap sesi 2012 akan memberi semangat baru kepada para pelajar untuk terus berusaha ke arah memartabatkan kecemerlangan diri.

Bagi sesi baru ini, pelajar-pelajar tingkatan satu yang bakal menjejakkan kaki ke SMK Machang Bubuk ini dipelawa untuk menyertai kelas pendidikan muzik. Tawaran hanya terbuka untuk kelas 1 Arif dan 1 Bestari sahaja. Hanya 30 orang pelajar sahaja yang akan dipilih. Pelajar dari kelas lain yang berminat dan mempunyai kemahiran dalam bermain alat muzik amat digalakkan memohon. Pelajar yang berminat boleh berjumpa dengan Encik Mohd. Asmadi Ismail.

Kelas di luar jadual pada tahun ini adalah seperti berikut;

Tingkatan 1 : Isnin ( 3.10 - 4.40 petang )
Tingkatan 2 : Rabu ( 3.10 - 4.40 petang )
Tingkatan 3 : Khamis ( 3.10 - 4.40 petang )
( Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian )

Bagi Kelab Giat Budaya muzik gamelan, kelas akan diteruskan pada tahun ini. Keahlian baru akan diambil dalam masa terdekat ini. Kepada pelajar yang berminat untuk bermain muzik gamelan sila berjumpa dengan guru penasihat kelab. Latihan akan dijalankan selama 6 bulan. Ahli yang berjaya akan dinilai dan diberikan sijil oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Ahkir bicara, Panitia ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar yang telah terlibat dengan persembahan dalam setiap program yang dijalankan pada tahun 2011. Juga kepada moderator blog ini.

Sekian, terima kasih.

Ketua Panitia Pendidikan Muzik SMKMB.

Perjumpaan Pertama Pada Tahun 2011

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Tuesday, January 18, 2011

Pada 12 Januari 2011, perjumpaan pertama bagi semua guru Panitia Kelab Pendidikan Muzik SMK Machang Bubuk dan ahli-ahli Kelab Muzik telah berlangsung...

Pada perjumpaan ini, Encik Mohd Asmadi Bin Ismail selaku ketua panitia Kelab Muzik telah meminta pendapat ahli-ahli kelab bagi aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2011 ini...

Setelah mendapat persetujuan daripada semua ahli kelab dan guru panitia, pelajar lelaki dikehendaki mempersembahkan dikir barat... Manakala bagi pelajar perempuan pula, mereka dikehendaki mempersembahkan nyanyian koir patriotik yang bertajuk Nyalakan Tekad sempena Hari Kemerdekaan kali ke 54 ini...

Di sini terdapat lirik lagu patriotik Nyalakan Tekad yang akan dinyanyikan oleh semua pelajar perempuan berserta video muzik lagu tersebut untuk paparan semua...

Lirik Lagu Patriotik : Nyalakan Tekad



Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad dan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita

Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung

Nyalakan tekad di hujung cita
Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara

Kan megah langit dijunjung
Rela bumi nan dipijak
Kan megah ibu mengandung
Putera puterinya berjasa

* Ulang dari atas

Orkestra

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Tuesday, October 26, 2010

Orkestra adalah sebuah ensembel muzik, kebiasaannya mempunyai banyak alat-alat muzik bertali, alatan muzik bras, bahagian khas alat muzik tiupan, bahagian woodwind dan bahagian alat muzik genderang. Istilah orkestra diambil dari bahagian hadapan pentas Yunani kuno yang dikhaskan untuk penyanyi-penyanyi koral / koir.

Orkestra berkembang secara pesat di sepanjang abad ke-18 dan 19, namun menunjukkan perubahan yang amat kecil dalam bahagian penggubahan pada abad ke-20.

Sebuah orkestra bersaiz penuh (kira-kira 100 orang pemain atau lebih) kadangkala juga dipanggil sebagai "orkestra simfoni" atau "orkestra filharmonik"; namun perbezaan dalam penggunaan nama itu tidak semestinya memaparkan apa-apa perbezaan dalam peranan orkestra. Perbezaan tersebut menjadi amat berguna terutamanya bagi membezakan ensembel-ensembel yang berbeza untuk sebuah bandaraya yang sama, contohnya London Symphony Orchestra dan London Philharmonic Orchestra.

Sebuah "orkestra simfoni" kebiasaannya mempunyai lebih dari 80 ahli muzik dalam sesuatu jadual persembahan dan dalam sesetengah persembahan menpunyai lebih dari 100 pemain muzik. Sebuah orkestra yang lebih kecil (kira-kira empat puluh orang pemain atau kurang) dikenali sebagai orkestra kamar. Kebiasaannya, syarikat untuk orkestra kamar ternama mempunyai ahli muzik melebihi 50 orang, namun tidak semestinya semua bermain untuk satu persembahan yang sama.

Sumber daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Orkestra

Alat Muzik Tradisional - Rehab

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Saturday, June 19, 2010

Pengenalan

Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.

Fungsi
Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.

Cara Bermain
Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali-tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga-tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th.