Lagu Sekolah SMKMB: Sekolahku Terbilang

Demimu SMKMB tercinta
Kami menggenggam tekad
Ilmu selalu ditimba

Demimu SMKMB terbilang
Kami berjanji berusaha
Hingga maju dan jaya

C/O
Kami berjanji berikrar
Mengharumkan namamu selalu
Kecemerlangan menjadi impian
Berilmu dan terbilang

Demimu SMKMB tercinta
Kami menggenggam tekad
Ilmu selalu ditimba

Berdisiplin, berilmu dan berwawasan
Tunggak pegangan kami
Berilmu dan terbilang


Pencipta lagu:
En. Mohd. Asmadi bin Ismail

Penulis lirik:
Pn. Khalijah binti Sirat

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Friday, December 30, 2011

Persembahan Puisi Lagu " Sahabat" sempena Hari Anugerah Kecemerlangan 2011.


video

Sesi Persekolahan Baru 2012 Bakal Bermula

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sesi persekolahan 2012 akan bermula, Panitia Pendidikan Muzik mengalu-alukan kedatangan para pelajar kembali ke sekolah. Diharap sesi 2012 akan memberi semangat baru kepada para pelajar untuk terus berusaha ke arah memartabatkan kecemerlangan diri.

Bagi sesi baru ini, pelajar-pelajar tingkatan satu yang bakal menjejakkan kaki ke SMK Machang Bubuk ini dipelawa untuk menyertai kelas pendidikan muzik. Tawaran hanya terbuka untuk kelas 1 Arif dan 1 Bestari sahaja. Hanya 30 orang pelajar sahaja yang akan dipilih. Pelajar dari kelas lain yang berminat dan mempunyai kemahiran dalam bermain alat muzik amat digalakkan memohon. Pelajar yang berminat boleh berjumpa dengan Encik Mohd. Asmadi Ismail.

Kelas di luar jadual pada tahun ini adalah seperti berikut;

Tingkatan 1 : Isnin ( 3.10 - 4.40 petang )
Tingkatan 2 : Rabu ( 3.10 - 4.40 petang )
Tingkatan 3 : Khamis ( 3.10 - 4.40 petang )
( Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian )

Bagi Kelab Giat Budaya muzik gamelan, kelas akan diteruskan pada tahun ini. Keahlian baru akan diambil dalam masa terdekat ini. Kepada pelajar yang berminat untuk bermain muzik gamelan sila berjumpa dengan guru penasihat kelab. Latihan akan dijalankan selama 6 bulan. Ahli yang berjaya akan dinilai dan diberikan sijil oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Ahkir bicara, Panitia ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar yang telah terlibat dengan persembahan dalam setiap program yang dijalankan pada tahun 2011. Juga kepada moderator blog ini.

Sekian, terima kasih.

Ketua Panitia Pendidikan Muzik SMKMB.

Perjumpaan Pertama Pada Tahun 2011

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Tuesday, January 18, 2011

Pada 12 Januari 2011, perjumpaan pertama bagi semua guru Panitia Kelab Pendidikan Muzik SMK Machang Bubuk dan ahli-ahli Kelab Muzik telah berlangsung...

Pada perjumpaan ini, Encik Mohd Asmadi Bin Ismail selaku ketua panitia Kelab Muzik telah meminta pendapat ahli-ahli kelab bagi aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2011 ini...

Setelah mendapat persetujuan daripada semua ahli kelab dan guru panitia, pelajar lelaki dikehendaki mempersembahkan dikir barat... Manakala bagi pelajar perempuan pula, mereka dikehendaki mempersembahkan nyanyian koir patriotik yang bertajuk Nyalakan Tekad sempena Hari Kemerdekaan kali ke 54 ini...

Di sini terdapat lirik lagu patriotik Nyalakan Tekad yang akan dinyanyikan oleh semua pelajar perempuan berserta video muzik lagu tersebut untuk paparan semua...

Lirik Lagu Patriotik : Nyalakan Tekad



Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad dan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita

Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung

Nyalakan tekad di hujung cita
Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara

Kan megah langit dijunjung
Rela bumi nan dipijak
Kan megah ibu mengandung
Putera puterinya berjasa

* Ulang dari atas