Lagu Sekolah SMKMB: Sekolahku Terbilang

Demimu SMKMB tercinta
Kami menggenggam tekad
Ilmu selalu ditimba

Demimu SMKMB terbilang
Kami berjanji berusaha
Hingga maju dan jaya

C/O
Kami berjanji berikrar
Mengharumkan namamu selalu
Kecemerlangan menjadi impian
Berilmu dan terbilang

Demimu SMKMB tercinta
Kami menggenggam tekad
Ilmu selalu ditimba

Berdisiplin, berilmu dan berwawasan
Tunggak pegangan kami
Berilmu dan terbilang


Pencipta lagu:
En. Mohd. Asmadi bin Ismail

Penulis lirik:
Pn. Khalijah binti Sirat

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Friday, December 30, 2011

Persembahan Puisi Lagu " Sahabat" sempena Hari Anugerah Kecemerlangan 2011.


Sesi Persekolahan Baru 2012 Bakal Bermula

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sesi persekolahan 2012 akan bermula, Panitia Pendidikan Muzik mengalu-alukan kedatangan para pelajar kembali ke sekolah. Diharap sesi 2012 akan memberi semangat baru kepada para pelajar untuk terus berusaha ke arah memartabatkan kecemerlangan diri.

Bagi sesi baru ini, pelajar-pelajar tingkatan satu yang bakal menjejakkan kaki ke SMK Machang Bubuk ini dipelawa untuk menyertai kelas pendidikan muzik. Tawaran hanya terbuka untuk kelas 1 Arif dan 1 Bestari sahaja. Hanya 30 orang pelajar sahaja yang akan dipilih. Pelajar dari kelas lain yang berminat dan mempunyai kemahiran dalam bermain alat muzik amat digalakkan memohon. Pelajar yang berminat boleh berjumpa dengan Encik Mohd. Asmadi Ismail.

Kelas di luar jadual pada tahun ini adalah seperti berikut;

Tingkatan 1 : Isnin ( 3.10 - 4.40 petang )
Tingkatan 2 : Rabu ( 3.10 - 4.40 petang )
Tingkatan 3 : Khamis ( 3.10 - 4.40 petang )
( Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian )

Bagi Kelab Giat Budaya muzik gamelan, kelas akan diteruskan pada tahun ini. Keahlian baru akan diambil dalam masa terdekat ini. Kepada pelajar yang berminat untuk bermain muzik gamelan sila berjumpa dengan guru penasihat kelab. Latihan akan dijalankan selama 6 bulan. Ahli yang berjaya akan dinilai dan diberikan sijil oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Ahkir bicara, Panitia ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar yang telah terlibat dengan persembahan dalam setiap program yang dijalankan pada tahun 2011. Juga kepada moderator blog ini.

Sekian, terima kasih.

Ketua Panitia Pendidikan Muzik SMKMB.