Lagu Sekolah SMKMB: Sekolahku Terbilang

Demimu SMKMB tercinta
Kami menggenggam tekad
Ilmu selalu ditimba

Demimu SMKMB terbilang
Kami berjanji berusaha
Hingga maju dan jaya

C/O
Kami berjanji berikrar
Mengharumkan namamu selalu
Kecemerlangan menjadi impian
Berilmu dan terbilang

Demimu SMKMB tercinta
Kami menggenggam tekad
Ilmu selalu ditimba

Berdisiplin, berilmu dan berwawasan
Tunggak pegangan kami
Berilmu dan terbilang


Pencipta lagu:
En. Mohd. Asmadi bin Ismail

Penulis lirik:
Pn. Khalijah binti Sirat

Alat Muzik Tradisional - Kompang

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Saturday, March 20, 2010

Pengenalan
Kompang merupakan alat dari keluarga membranofon. Kompang menyerupai sebuah kuali yang mempunyai dua bahagian iaitu baluh (badan) dan belulang.Baluh kompang biasanya diperbuat daripada kayu pokok nangka. Manakala belulangnya diperbuat daripada kulit kambing betina.

Sejarah Asal-Usul Kompang
Kompang dikatakan berasal dari Timur Tengah berdasarkan beberapa pendapat;
Pendapat Pertama - bentuknya sama seperti Hadrah yang terdapat di negara Arab.
Pendapat Kedua - Lirik lagu dimainkan selalunya dalam bahasa Arab, contohnya selawat Memuji Rasullallah SAW.
Permainan kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang sehingga kini.
Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa.
Fungsi
Persembahan kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Pada asasnya, ia bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian, fungsi permainan ini turut mengalami perkembangan mengikut masa. Antara fungsi permainan kompang ialah;
  1. Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble( nasyid, marhaban )
  2. Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan acara rasmi yang melibatkan pembesar
  3. Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, caklempong pacik dan gamelan.
  4. Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding. Contohnya pasukan bolasepak.
  5. Pertandingan-paluan kompang dan formasi.

Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah untuk memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau lakuan tertentu.

Aktiviti Pelajar Tingkatan 1 SMKMB

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Thursday, February 25, 2010









Pengambilan Ahli Baru Kelab Giat Budaya (KGB)

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Sunday, February 14, 2010

Kelab Giat Budaya ( Muzik Gamelan )

Latihan muzik gamelan di bawah aktiviti Kelab Giat Budaya(KGB) akan mengadakan sesi pengambilan ahli baru bagi sesi 2010. Latihan akan berlangsung selama 6 bulan bermula bulan March hingga Ogos 2010.Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini akan diberikan Sijil Penyertaan oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara. Pelajar yang terlibat juga akan diberi markah penglibatan peringkat negeri sebanyak 14 peratus dalam aktiviti kokurikulum.
Berikut merupakan syarat-syarat penyertaan:
  • Terbuka kepada pelajar muzik tingkatan 1,2 dan 3 sahaja.
  • Mempunyai bakat dan minat
  • Sanggup menghadiri latihan yang ditetapkan
  • Mendapat kebenaran daripada ibu bapa
Pelajar-pelajar yang berminat sila beri nama, no.kad pengenalan, dan alamat kepada Cikgu Mohd.Asmadi.Tempat adalah terhad. Pelajar yang terdahulu dan mematuhi syarat akan diberikan tempat.



Kelas Violin Bagi Pelajar Form 3

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Friday, February 12, 2010

Dari kiri atas: Teacher Teoh Siew Khim, Jason Yeoh Yung Kit, Muhammad Syafiq Akmal Bin Ibrahim, Muhammad Syafiq Bin Ishak, Mohd Farezuan Bin Muhamad Fadli dan Faisal Daniel.
Dari kiri bawah: Nur Nabilah Syahirah Binti Zainol, Nur Amirah Binti Abdul Ghafar, Nurul Fadzliana Binti Mohd. Fauze, Faten Shahida dan Nuraina Shazreen Binti Ahmad Nazri.







Latihan Rekoder Bagi Murid Form 2

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Thursday, February 11, 2010










Makluman Waktu Kelas Pendidikan Muzik Tahun 2010

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Sunday, February 7, 2010

Kelas Di Luar Jadual Waktu

Tingkatan 1 - Hari Khamis 2.30pm - 4.30pm

Tingkatan 2 - Hari Isnin 2.30pm - 4.30pm

Tingkatan 3 - Hari Jumaat 3.30pm - 5.30pm


PERINGATAN :
Pelajar yang terlibat dengan aktiviti rumah sukan digalakkan membawa
pakaian masing-masing.Pelajar tidak dibenarkan balik awal untuk
mengambil pakaian.