Lagu Sekolah SMKMB: Sekolahku Terbilang

Demimu SMKMB tercinta
Kami menggenggam tekad
Ilmu selalu ditimba

Demimu SMKMB terbilang
Kami berjanji berusaha
Hingga maju dan jaya

C/O
Kami berjanji berikrar
Mengharumkan namamu selalu
Kecemerlangan menjadi impian
Berilmu dan terbilang

Demimu SMKMB tercinta
Kami menggenggam tekad
Ilmu selalu ditimba

Berdisiplin, berilmu dan berwawasan
Tunggak pegangan kami
Berilmu dan terbilang


Pencipta lagu:
En. Mohd. Asmadi bin Ismail

Penulis lirik:
Pn. Khalijah binti Sirat

Alat Muzik Tradisional - Rehab

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Saturday, June 19, 2010

Pengenalan

Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.

Fungsi
Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.

Cara Bermain
Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali-tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga-tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th.

Sejarah Yangqin (Alat Muzik Tradisional Kaum Cina)

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on

Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.

Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad pertengahan, negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring dengan perkembangan hubungan persahabatan yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat muzik Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut.

Pada masa permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China. Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.

Yangqin terutamanya dibuat daripada kayu, badan Yangqin itu merupakan peti berbunyi bersama, bentuknya seperti kupu-kupu, maka ada orang menyebutnya sebagai “Hudiqin”. Semasa memainkan Yangqin, alat muzik itu diletakkan diatas rangka kayu, pemain alat muzik mengambil sebuah palu buluh kecil memukul tali Yangqin.

Teknik permainan Yangqin banyak, suaranya juga beraneka ragam, boleh berbunyi suara yang tinggi, tebal dan terang. Permainan Yangqin sesuai dalam suasana riang gembira dan rancak.
Yangqin sudah bersejarah lebih 400 tahun di China. Dalam tempoh tersebut, tukang membuat alat muzik China telah mengkaji banyak jenis Yangqin yang baru, misalnya Yangqin yang boleh mengubah bunyi, mengaubah irama dan Yangqin yang suaranya berbunyi melalui gelombang elektrik. Yangqin itu dapat digunakan dalam permainan solo dan iringan, maka sangat disambut oleh pemain Yangqin.

Yangqin telah mempunyai ciri-ciri tradisional dan langgam bangsa China melalui perkembangan dalam tempoh banyak tahun dan sudah menjadi sejenis alat muzik yang diminati ramai orang.

Simbol Dan Istilah Dalam Muzik

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Thursday, June 3, 2010

Di dalam sesuatu skor, terdapat beberapa simbol dan istilah yang digunakan. Antaranya ialah:

1. forte (f) - Kuat
mezzo forte (mf) - Sederhana kuat
fortissimo (ff) - Sangat kuat

2. piano (p) - Lembut
mezzo piano (mp) - Sederhana lembut
pianissimo (pp) - Sangat lembut

3. crescendo (cresc.) - Semakin kuat
decrescendo - Semakin lembut
diminuendo (dim.) - Semakin lembut

4. allegro - Rancak/Cepat
allegretto - Kurang rancak berbanding allegro

5. lento - Perlahan
adagio - Perlahan

6. accelerando (accel.) - Semakin cepat
rallentando (rall.) - Semakin lambat
ritardando (ritard.) - Semakin lambat
ritenuto (rit.) - Berhenti seketika
andante - Kelajuan seperti berjalan

7. Da Capo (D.C.) - Dari mula
Fine - Tamat
Da Capo De al Fine - Dari mula sampai tamat
Dal Segno (D.S.) - Daripada simbol

8. cantabile - Dalam cara nyanyian
staccato - Pendek, terpisah
legato - Dengan licin
moderato - Dengan sederhana
mezzo - Separuh
poco - Sedikit
tempo - Kelajuan dalam muzik
a tempo - Sambung kepada kelajuan normal

TEORI MUZIK

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on Wednesday, June 2, 2010

PENGENALAN
Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi Irama, Melodi, Harmoni, Warna, Ton, Tekstur, Bentuk, dan Ekspresi.


IRAMA
Dalam irama terdapat detik, meter, corak irama, tempo dan rentak. Pada irama juga terdapat nilai not dan tanda rehat yang berbeza. Kesemua not dan tanda rehat ini mempunyai pecahan tersendiri.

Detik
Dalam sesuatu muzik, terdapat bunyi berkala iaitu bunyi yang tetap yang boleh ditepuk sepanjang muzik tersebut.
Ada tempat detik dirasai bunyinya kuat dan ada tempat yang kurang kuat. Ini diistilahkan tekanan dengan tanda > . Bilangan detik mengikut tekanan disusun dalam kumpulan tetap dengan menggunakan garisan bar.

Meter
Masa bagi muzik dikawal oleh meter yang ditulis seperti berikut.

2 3 4
4 4 4

Angka di atas menunjukkan bilangan not dalam satu bar dan angka di bawah menentukan jenis notnya.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010

by Kelab Muzik SMK Machang Bubuk on

Gambar Aktiviti Sempena Sambutan Hari Guru 201o